Thursday, May 5, 2011

VIDEO FINALE

Kami dikehendaki untuk membuat satu video khas untuk Cik Shida. Saya memilih lagu Kalau Berpacaran oleh Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet. Sebelum ini Cik Shida pernah membuat video dengan menggunakan lagu ini. Saya akan melakukan video yang sama dan menggambil watak-watak yang sama. Saya akan cuba sedaya upaya melakukan apa yang Cikgu Shida lakukan. Kesukaran yang Cik Shida hadapi akat turut saya hadapi juga. 

Make up watak:
  • Watak Imam muda (gender reverse female to male)
  • Watak anak dara (make-up simple)
  • Watak syaitan atau hantu (sengaja dibuat tidak terurus dan menggunakan make-up- comot)




Masalah yang saya hadapai:
Apabila melibatkan kamera, makeup yang digunakan  perlu di lebih-lebihkan. Keadaan ini akan jadi lebih sukar sekiranya kualiti  pixel kamera rendah.



LAPORAN EXPO UiTM

Pada 26 Mac, kami dikehendaki untuk menghadirkan diri dalam program Expo Uitm. Kami perlu melakukan demonstrasi make-up kepada pengujung yang menghadiri booth kami. Saya berpeluang untuk melakukan darah tiruan dan membuat demonstrasi luka kepada rakan kelas dan penggunjung. Terdapat pelbagai soalan yang diajukan semasa melakukan luka tersebut namun, semua pertanyaan dapat dijawab. Selain daripada membuat demonstrasi, saya sempat membuat beberapa eksperimen terhadap luka yang dilakukan, dengan hanya menggunakan warna dan bahan tertentu, pengunjung seakan-akan mempercayai bahawa luka tersebut kelihatan benar. Oleh itu, program ini bukan sahaja mengajar diri saya mengenai penggunaan warna dan bahan yang tepat malah ia memberikan latihan kepada saya. Setelah berulang kali melakukan luka, baru hasilnya agak memuaskan. 'Practice makes perfect'