Saturday, March 26, 2011

CRISS CROSS

NAMA              : NOOR ATIQAH ZULKEPLI
NO. MATRIX   : 2009822306
JABATAN        : SOLEKAN DAN KESAN KHAS
DI BAWAH SELIAAN         : EN. AFIFI

LAPORAN CRISS CROSS KUMPULAN 1 (11,12 & 13 MAC 2011)

Sebagai orang yang bertanggungjawab melakukan solekan dalam filem pendek ‘Neraka di Syurga’, saya telah melakukan beberapa eksperimen solekan kesan khas sebelum penggambaran bermula. Kesan kelar, jari putus, kaki lembam dan darah merupakan kesan khas yang diperlukan bagi memenuhi kehendak pengarah dan skrip. Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum melakukan penggambaran:
  • ·         Membaca skrip
  • ·         Memahami skrip
  • ·         Membuat scene break down (lebih mengfokuskan kepada solekan kesan khas dan solekan watak 
  • ·         Menyenaraikan bahan-bahan untuk melakukan solekan kesan khas
  • ·         Membuat eksperimen dalam solekan
  • ·        Membincangkan masalah yang berlaku semasa melakukan eksperimen besama-sama dengan penyelia dan pengarah
  • ·        Melakukan solekan dan kesan khas semasa pengambaran.


Mengikut kehendak pengarah, tangan palsu yang di sediakan oleh ahli produksi harus diberikan kepada jabatan solekan bagi mengubah tangan tersebut kepada tangan palsu yang kelihatan sebenar dengan pelakon. Proses ini memakan masa yang agak lama untuk menyamakan tona atau warna asal tangan palsu kepada warna tangan pelakon. Percampuran lebih daripada satu warna diperlukan bagi memenuhi kehendak pengarah. Merujuk kepada Puan Kenchana, kami perlu menggunakan spray bagi menukar warna tangan tersebut. Kos yang diperlukan bagi membeli pelbagai jenis spray agak tinggi. Saya bersama rakan setugas (Muhamad Amir) membuat keputusan untuk menggunakan cream eye shadow dan powder eye shadow bagi menggantikan spray tersebut. Ternyata, walaupun memakan masa yang agak lama, tetapi hasilnya memberangsangkan.

Bagi proses pembuatan darah, saya mencadangkan bahawa darah akan dilakukan sebelum penggambaran bermula. Perkara ini akan menjimatkan lebih banyak masa. Tetapi, semasa penggambaran bermula, pengarah meminta supaya kami membuat lebih banyak darah bagi memberi kesan artistik terhadap filemnya.

Setiap jenis solekan dan kesan khas yang akan dilakukan berdasarkan skrip dan story board yang telah ditunjukkan kepada kami. Pada 11, 12 dan 12 Mac 2011, kami memulakan penggambaran filem pendek ‘Neraka di Syurga’. Pada hari pertama, kami memulakan tugas pada pukul 6 malam sehingga 5.30 pagi. Hari yang ke-dua, kami memulakan tugas pada jam 11 pagi sehingga 11 pagi keesokan harinya. Kami dibenarkan pulang ke rumah pada hari ke-tiga.

Semasa penggambaran, terdapat beberapa babak yang tidak dilakukan oleh pengarah iaitu, adegan darah terpercik. Perbincangan bersama pengarah telah dilakukan, pengarah bersetuju supaya darah keluar (babak kelar leher) semasa pelakon menundukkan kepalanya, apa yang terjadi berbeza dengan perbincangan. Lukisan di dalam story board juga tidak sama dengan apa yang dilakonkan. Proses untuk melakukan solekan kesan khas perlu dilakukan dengan teliti dan memakan masa, kami diberi masa lebih kurang 10 ke 20 minit untuk menyiapkan beberapa bahagian badan pelakon. Hal ini berlaku kerana pelakon dan ahli produksi masing-masing kepenatan dan pengarah mahu menghabiskan babak tersebut dengan cepat.

          Terdapat beberapa adegan yang memerlukan penelitian dalam solekan kesan khas, adegan tersebut adalah:
  • ·         Kelar pada leher
  • ·         Percikan darah
  • ·         Kelar pada badan
  • ·         Lebam pada kaki
  • ·         Memotong jari
  • ·         Jari terputus

Kerana kesuntukan masa, pengarah membuat keputusan agar penelitian dalam solekan kesan khas tidak perlu dilakukan.

       Solekan dan kesan khas akan tampak lebih kelihatan benar (real) di dalam filem ini sekirannya suntingan dilakukan dengan baik.


Sebelum menyolek muka pelakon, 'sketch' warna dilakukan mengikut watak dan babak.






Watak Miera
Babak 2,3,4 & 5





Watak Miera
Babak 6, 7

Watak Faizal
Babak 1, 3, 6 & 7




Watak Riny
Babak 1, 2, & 7



Solekan yang dilakukan harus bertepatan dengan watak yang dibawa. 

Berikut merupakan eksperimen yang dilakukan sebelum pengambaran bermula.

Tangan palsu (atas) yang perlu ditukar kepada tangan palsu (bawah)


Setelah saya selesai mewarnakan tangan palsu yang telah diberikan oleh ahli produksi


Luka pada bahagian leher





FAKE BLOOD

'Fake blood' biasanya digunakan bagi memberi impak yang sebenar kepada solekan kesan khas (contoh: luka).Terdapat pelbagai resipi untuk membuat 'fake blood'. Namun, saya lebih senang menggunakan tiga bahan asas iaitu:


(Penggunaan bahan makanan lebih selamat daripada menggunakan bahan kimia)
  • Madu
  • Pewarna biru
  • Pewarna merah

Berikut adalah cara-cara untuk membuat 'fake blood'/ darah


video




'Practise makes perfect'

Selepas mahir melakukan 'fake blood', anda boleh mencuba pelbagai jenis 'make-up effect' yang menggunakan darah.


FAKE WOUND


'Fake Wound' adalah luka palsu yang dibuat bagi menyokong sesetengah watak. Luka ini senang untuk dilakukan. Dengan pencampuran lebih daripada satu warna, kesannya kelihatan lebih  'real'. Sama seperti pembuatan 'fake blood', 'fake wound' juga mempunyai pelbagai resipi dan bahan untuk melakukannya. Saya memilih untuk menggunakan bahan yang telah sedia ada dan ia tidak memerlukan kos yang tinggi.


Bahan-bahan untuk melakukan 'cut off finger effect'/kesan khas-jari terputus

  • Tisu
  • Gam PVA
  • 'Fake blood'
  • 'Foundation/ eye shadow pallet'

video